Briefly explained: continuation from pidato victory, to send a good script on patriotism, go to prelim rounds, then represent state and go win some cash back. haha just kidding! it's the experience that counts, for me! I bet NONE of you will read finish. might just freak the shit out of you with my BM. enjoy! (or not!)
(Dikir barat)
Wahai semua, anak Malaysia, dengarlah sini, hamba nak cerita, teladanilah iktibar sejarah.
Di mana lah oh perginya, semangat patriotisme? Janji laungan merdeka?
Oh Merdeka……(Merdeka!!)
Di manah lah oh suara, wahai oh rakyat jelata? Janji perpaduan kita?
Oh Merdeka……(Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! –‘semakin hilang’)
(Pantun)
Lut sinar, lut cahaya,
Lut masalah keamanan negara,
Rakyat kurang bersatu, hilang percaya,
Pelajarilah dari sejarah sebelum lara.
Ketara sudah, jelas nyata,
Cabaran Malaysia hari ini,
Penat lelah, seuntai kata,
Bertindaklah mesti, bermula di sini.
(Di kedai makanan Mak Som)
Mak Som: Wah! Letchumi, selamat datang, memang regular customer Mak
Som lah, bisnes dah kurang! (sambil mengelap meja dengan tergesa-gesa).
Letchumi: Nasi lemak Mak Som special satu, ya?.
Mak Som: Baiklah, ini dia, Mak Som buat kerja memang cepat. Lima ringgit ya. Hehe.. (segan).
Letchumi: Mahal nya!! Saya datang pun sebab semua kedai dah naik harga, Mak Som
pun dah macam tu ya sekarang?
Mak Som: (Hampir menangis) Apakan daya, anak Mak Som yang dah habis belajar di universiti, tak dapat kerja lagi, berat beban Mak Som.
Letchumi: Haih, saya minta maaf, saya pun sedang menganggur ni, tu lah tension.
Kegawatan ekonomi, katakan.
Mak Som: Tak tahu lah berapa lama nak bertahan. Tak pe lah, silalah makan, sejuk nanti..saya pergi dapur sebentar (sedih).
Peragut: Dah jumpa dah target kita ni. Tunggulah kat motor, ambik je nanti aku chow!
Ok set! (terus menutup telefon bimbit)
(terus meragut beg dompet dan telefon bimbit di atas meja makan Letchumi)
Letchumi: Tolong!!Pencuri!! (Berjaya menarik rambut peragut). Seorang wanita macam awak pun keluar mencuri?
Peragut: Tiada pilihan lah! (terus melarikan diri)
Letchumi: Aiyo..kaduveley macam mana ni!!
Mak Som: Apa yang terjadi sayang oi..
Letchumi: Ada orang ambil dompet dan telefon bimbit saya!!
Mak Som: Awak kenalah berhati-hati!! Tahukah awak, menurut statistik, kadar jenayah meningkat lebih kurang 100% sejak Januari sahaja. (semakin bersemangat). Dengan situasi hari ini, semua orang semakin terdesak..mereka sebenarnya..
Letchumi: Er..mak cik? hutang dulu ya?
(Sajak)
Renung sejenak,
Apakah usaha tokoh-tokoh negara kita tiada ertinya lagi?
Jika masih hadir ertinya, apakah yang kita lakukan ini?
Di lubuk hati tidak mahu mencuri, tetap mencuri,
Di hati diam tidak mahu membenci, tetap mencaci.
Apakah tumpah darah pahlawan tiada maknanya lagi?
Renung sejenak,
Antara kita semua, ramaikah yang menepati?
Janji setia meneruskan semangat perjuangan tokoh silam,
Janji sehati menhargai dan menyanjungi,
Antara kita semua, ramaikah yang menyedari?
Lihatlah sekelilingmu,
Antara ramai yang hanya tahu menikmati,
Dari mana datangnya keamanan dan kemajuan ini,
Kalau bukan kerana pengorbanan individu yang berprestij tinggi,
Kalau bukan mereka yang tegas menegakkan keadilan untuk generasi hari ini.
Lihatlah sekelilingmu,
Negara membangun jasa pemodenan,
Negara sudah pun maju, majukah kita?
Masing-masing kotakan di dalam pemikiran,
Malaysia di arena dunia atas jasa satu-satunya.. “Bapa Pemodenan!!”.
Tepuk dada, tanya selera. Di manakah logiknya sekiranya kita telah mengorak langkah dengan begitu jauh, mengapa masih ramai lagi yang tidak bertamadun dari segi perilaku dan mentalitinya? Mengapakah terbentang luas berita-berita pahit yang tidak patut dari aspek politik, ekonomi dan sosial pada hari ini? Mengapa kita mahu mensia-siakan usaha pemodenan yang diberi kepada kita begitu sahaja? Kami di sini secara peribadinya menyanjung segala pengorbanan Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad.
Dikenali serata dunia dengan identiti ‘M’, seorang pemimpin yang cukup mengagumkan atas semangat beliau untuk masih teguh di posisi dalam memberi sumbangan sehingga hari ini. Cuba bayangkan. Dari tahun 1950-an sebagai seorang pemuda yang agresif berterusan perjalanan beliau menjadi Perdana Menteri sehingga tahun 2009. Apa yang pasti, penjelasan Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan isu membabitkan parti dan Barisan Nasional di samping kembalinya beliau kepada UMNO adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh semua. Dalam ucapannya beliau di pilihan raya baru-baru ini mengulangi keyakinan bahawa UMNO di bawah Presiden baru, Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri keenam kita, mampu meneruskan pembangunan negara ke arah negara maju dengan memastikan manfaat dan faedah dinikmati oleh semua kaum.
Setibanya Tun Mahathir ke dunia kemimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke- empat, beliau dengan pemikiran revolusinarinya memperkenalkan Dasar Perindustrian Berat. Tun sedar bahawa, komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Objektif dasar ini adalah untuk menyerap dan mengimpot teknologi yang lebih canggih bagi memajukan teknologi negara kita sendiri. Di samping itu, Tun ingin mewujudkan peluang pekerjaan dan melatih lebih tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan terutamanya bidang automotif yang sememangnya antara sebab utama kemunculan Malaysia di persada dunia bagi kebolehanya membuat kereta identiti sendiri. Sepastinya buah fikiran dan usaha Tun berhasil. Perusahaan Nasional Berhad (PROTON), Perusahaan Otomobil Kedua Nasional Sdn Bhd (PERODUA), serta Motosikal dan Enjin Negara Berhad (MODENAS) adalah bukti kebolehan Malaysia. Tun mampu mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Proton Saga, Proton Wira, Proton Perdana, Myvi, Jaguh, pelbagai kenderaan beridentitkan negara megah menyusur di jalan raya.
Pucuk dicipta ulam mendatang.
Tun mencetuskan lagi dasar- dasar baru bagi pembangunan negara Malaysia. Beliau senantiasa prihatin terhadap perbelanjaan kewangan negara bagi memastikan ia berada dalam kawalan. Dasar Penswastaan negara merupakan contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan. Dasar ini melibatkan pemindahaan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta. Ideologi di sebalik dasar ini adalah, kerajaan menjimatkan kos pengurusan namum tetap memperoleh hasil seperti cukai keuntungan perusahaan yang diswastakan. Dalam usaha ini muncul beberapa syarikat swasta seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Projek Lebuh Raya Malaysia (PLUS) dan lain-lain lagi. Berikutan ini, mutu perkhidmatan dan keuntungan meningkat dan sememangnya saham bumiputera dalam syarikat- syarikat bertambah. Sekaligus ia menaikkan lagi status bumiputera dari segi ekonomi dan gaya hidup.
(Ucapan di Bangunan Parlimen sempena meyambut Ulang Tahun Yang Ke-40 PBB)
Dr M: Tema sambutan perayaan ulangtahun ini ialah "For a Better World" dan sempena dengan sambutan ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 1986 sebagai Tahun Damai Antarabangsa atau "International Year of Peace". Saya berpendapat tema dan pengisytiharan Tahun Damai itu sebagai bersesuaian. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Tuhan semoga negara-negara di dunia ini lebih damai lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Datangnya penglibatan antarabangsa selepas perang dunia ke-dua, dengan bangganya Malaysia dianugerahi kepercayaan dari semua negara untuk mengamankan dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun United Nations tidak juga lupa kepada Non-Alligned Movement (NAM), Negara-negara berkecuali. Antara usaha-usaha yang seharusnya dihargai sehingga kini seperti pada tahun 1989, Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan, menghantar pemerhati ketika menyelesaikan perang saudara di Kampuchea, Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Apartied di Afrika Selatan dan juga menganjurkan persidangan antarabangsa menyelesaikan masalah Palestin semuanya di bawah pimpinan unggul Tun.
Begitu masyhur nama Malaysia di persada dunia, ada juga musibah yang menimpa. Kegawatan ekonomi telah melanda hampir seluruh dunia. Malaysia turut menghadapi cabaran tersebut. Tun mampu mengawal kegawatan ekonomi dengan memambat Ringgit kepada Dolar Amerika. Tindakan Tun mendapat kritikan hebat pada mulanya daripada International Monetary Fund (IMF). Walau apa jua keadaan, Tun masih berpegang teguh kepada prinsipnya, dan berjaya melepaskan Malaysia daripada belenggu kegawatan ekonomi dunia dalam masa yang singkat dan berkesan tanpa perlu mengikat kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh IMF seperti negara asia lain. Pengurus Besar IMF, Host Kohler, memuji pula tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini membawa kepada penerbitan nama beliau di majalah Asiaweek sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia. Apa yang menakjubkan lagi, Tun berjaya menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut. Mungkin, saudara-saudari, ini boleh dijadikan inspirasi dalam menentang krisis ekonomi hari ini.
Kita juga tidak akan lupakan kejayaan kita dalam Sukan Komanwel yang masih bergema.
Kini "Standing In The Eyes Of The World"Hanyalah selangkah dari nyataKeazaman membara di jiwaMenanti saat bebas merdekaTiba masa kau melangkah gagahBersemangat ke arah matlamat sedaya upayaEngkau terunggulWajar "Standing In The Eyes Of The World"
Ke arah globalisasi pula, tercetusnya projek mega Malaysia, Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertujuan menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' dibina dan bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia. Ini akan menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia.
Keranamu, Tun Mahathir, kesinambungan sempurna dari titik peluh perdana-perdana menteri yang sebelumnya, dalam merealisasikan perhubungan Malaysia dengan dunia dan tidak akan kami lupakan atau hampakan visi dan misimu. Negara Malaysia bagaikan syurga jika dijaga rapi nama baiknya oleh siapa lagi jika bukan anak-anaknya, kita semua.
(Syair)
Jika kita sanggup menempuhi,
Dengan kesabaran tanpa berahi,
Malaysia mampu melahirkan generasi,
Yang dibanggakan tiada luputnya patriotisme dan tradisi..
(masa depan generasi baru, tahun 2050 di sebuah kelas tarian tradisional)
Lalitha: Mou man tai, luk tim pun lah, ok ar, em koi.
Mei Ling: Dance class mudinjoney, namba library pola..enaku wait pannu, ok va?
Lalitha: Hai, Mei Ling!
Mei Ling: Baru sampai, Lalitha?
Lalitha: Ya, baru tadi. Tunggu apa lagi? Jom!
(muzik tradisional bermula, - Lalitha dan Mei Ling menari tarian tradisional Melayu, Cina dan India)
“Malaysia Boleh!”
-tamat-
3 comments:
Tambah Minyak!!!
hehehehe...i miss adding oil with ya!
oh? 'geh iu' cherry babe !
it's in hokkien.
btw, it's realy abit long.
tapi great one !!!
supportx100
Post a Comment